Tuesday 14 April 2020

ENCIK COVID & KITA

"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang"

Terlebih dahulu, saya ingin menyusun jari memohon kemaafan seandainya nukilan pada kali ini akan menyentuh hati banyak pihak, saya tidaklah membenarkan rasa dan pendapat saya, cuma kali ini, pendapat saya inilah akan saya kongsikan. 

Selepas wabak Covid-19 menjengah dunia, negara kita turut merasai kesan dan sakitnya, banyak hal-hal yang biasa kita lakukan kini tidak lagi diteruskan. Sedikit pengenalan kepada encik Covid-19, beliau yang berasal daripada kerakusan manusia mula menjengah pada awal tahun ini, beliau merupakan sejenis virus yang menyerang sistem respiratori, beliau merupakan bahan bualan seluruh dunia, cukup terkenal dengan sifat yang ganas dan mampu membunuh, pun begitu, setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah. Encik Covid-19 telah membunuh ramai manusia di muka bumi ini, bukan dengan sengaja, tetapi akibat kedegilan dan sikap ambil mudah masyarakat. Kini encik Covid-19 masih bebas dan kita terkurung seperti burung di dalam sangkar.

Akibat sikap encik Covid ini, maka kebanyakkan negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), alhamdulillah, meskipun masih belum pulih sepenuhnya namum pembiakan encik Covid dapat dikawal. Disebabkan PKP, maka ramai yang terkesan, ramai yang terbeban, ramai yang ambil kesempatan, ramai jugak yang menjadi ikutan, demikianlah fenomena encik Covid. 

Para peniaga tidak lagi bebas melakukan urusan, yang bekerja di pejabat meneruskan di kediaman, anak-anak seronok ibu bapa bersama seharian, suami ister meluangkan masa tak kira ketika, para pelajar universiti meneruskan pelajaran, ya, semuanya masih diteruskan cuma lokasi, keadaan dan situasi mewujudkan perbezaan. 

Malaysia bukanlah sebuah negara yang kaya, masih ada golongan yang perlu bantuan dan masih ada yang kurang upaya, demikianlah para pelajar tidak kira sekolah mahupun universiti, tanggungjawab dan amanah pendidik semakin berat, perlu ambil masa, habiskan tenaga menyiapkan bahan mengajar, bertungkus lumus siang malam meneleaah perkara yang mereka tak biasa, kerana kini yang luar biasa akan menjadi biasa.

 Para pelajar pula tertekan dengan keadaan, ada yang dirumah tapi di punya talian, ada yang susah perlu bantu keluarga, peluang dirumah mereka tidak persiakan, yang terperangkap di asrama mentalnya diuji perlahan, rindukan keluarga namun masih meneruskan perjuangan. 

Maka, belajarlah saling melengkapkan, jika pelajar kita susah, mudahkan, kita pendidik berikan yang baik buat teladan, jangan pernah sesiapa di pinggirkan, bukan masanya menularkan mesej yang mencipta kebencian, mesej yang mencipta kemarahan, mesej yang menunjukkan kelemahan, jangan, ini bukan masanya, jika tidak mampu di atas talian, gunakan kemahiran belajarlah untuk sediakan bahan secara luar talian, masih banyak cara mendidik yang kita punya, bukan satu limitasinya. 

Menjadi pendidik kembalilah kepada niat, ikhlaskan hati tenangkan jiwa, jika terusik dan ada terasa, kembali kepada Allah mohon petunjuknya, yang kecil jangan diperbesar yang mudah jangan dirumitkan yang tak perlu jangan disebarkan bimbang kesannya mengundang fitnah berpanjangan. 

Tempoh PKP amat membantu memuhasabah diri dan menjarkan erti syukur maka teruslah kalian berusaha, baik pendidik mahupun muridnya teruslah berjuang dengan meletakkan Allah sebagai tujuan, maka yang baik itu akan datang sendiri mengiringi. 

Semoga penulisan kali ini memberikan suntikan semangat dan ransangan buat semua warga pendidik dan juga anak bangsa, kita semua manusia mencuba menjadi yang terbaik tapi tidak mampu sempurnya jika ada tersalah jalan dan bicaranya, selitkan maaf dan cuba semula. 

Teruskan berada di rumah untuk mengalah encik Covid-19 dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan inshaAllah. 


_aienaznan_

1 comments:

  1. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete

 

PENA MENARI HATI MENYANYI Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang