Saturday 26 May 2018

POKOK KEHIDUPAN


"Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang" 


Kehidupan sememangnya kompleks, namun ianya jugalah yang telah memberikan kita kemampuan untuk berfikir dan menganalisis tentang perlakuan dan juga kesan serta akibat untuk setiap satunya. Kehidupan yang sebenar adalah apabila kita mampu untuk menangani setiap permasalahan dengan berpandukan al-Quran, Sunnah dan juga bimbingan Allah. Jarang kita melihat kehidupan sebagai suatu hal yang mudah masing-masing daripada kita merasakan kehidupan merekalah yang paling sukar maka setiap kali bertemu dengan insan yang lain diceritakanlah kesusahan mereka dengan berharap agar setiap yang lainnya memahami. 

Melihatkan kehidupan dalam konteks metafora, saya seeringkali mengaitkan kehidupan adalah seperti pokok, mahupun tumbuhan, barangkali ada yang akan bersetuju dan tidak kurang juga yang menolak. Pokok adalah sebuah proses kehidupan kerana pokok itu sendiri adalah hidupan yang dimulai dengan sekecil-kecil benih dan kemudiannya menjadi dewasa, memberikan hasil kemudiannya dituai dan akhir seklai menemui kematian. namun begitu pokok merupakan hidupan yang sangat kuat dan tidak mudah mengalah. 

Lihat sahaja kepada pokok yang dipatahkan dedahannya, dicabut dedaunnya sekadar untuk suka-suka, mereka dilukai namun tidak disedari barangkali kerana kita ini buta hati tidak mendengar tangisan halus pokok saat kita perlakukan mereka dengan kejam sekali. Namun pokok terus berusaha untuk hidup tidak dijadikan luka itu satu penghalang, malah dikeluarkan daun yang baharu, rimbunan dedaunna akan terus muncul dengan pucuk-pucuk mudah yang akhirnya menjadi hijau kepekatan. 

Bukan itu sahaja, pokok juga sedaya upaya memberikan manfaat kepada manusia, buahnya, bebunga yang cantik, manis, harum dan juga tempat teduhan dan perlindungan makhluk Allah yang lain, pokok adalah antara hidupan yang begitu hampir dengan kita semua kebanyakkan masalah didengarinya barangkali dalam diam didoakan kita, pokok tidak pernah merungut walau apa pun bentuk kejadiannya, dia sedar dalam keadaan apa pun, dia harus memberikan manfaat kepada alam sekeliling. Jika bukan kepada manusia, barangkali kepada hidupan yang lain, pasti ada manfaatnya. 

Saya melihat pokok sebagai sebuah idola yang berterusan daripada sekecil-kecil benih berusaha untuk menjadi sebuah tumbuhan yang kuat dan seterusnya memberikan manfaat kepada hidupan yang lain, sememangnya pokok adalah idola, saya tidak pernah melihat pokok mudah menyerah kalah, sekiranya tidak disiram, dia menanti hujan dann saat diberikan air yang sedikit dia masih berusaha untuk hidup, jadi bagaimanalah kita ini mudah menyerah kalah dalam kehidupan sedangkan kita ini punya pelbagai keunikkan ynag mampu memberikan kebaikkan. 

Saya pernah hampir menyerah saya pernah hampir tersungkur tak bangun lagi, akan tetapi melihatkan tumbuhan, pokok dan tanaman saya mereka yang menguatkan saya, merekea seakan berakta kepada saya "Janganlah begini sedangkan kami masih ada selama tuhan mengizinkan bagaimana kamu terfikir pergi tanpa rela tuhan" kemudiannya saya menulis di ruangan ini, jujurnya, mereka inilah yang memberikan saya inspirasi dan aspirasi baharu. 

Rakan-rakan yang saya muliakan sekiranya kalian sedang dalam kesusahan berusahalah untuk mencari jalan menyelesaikan dan mohonlah daripada tuha, jangan sekali menyerah kalah dan menyimpan pedang sebaliknya hayunkanlah dan hunuskanlah ke hadapan inshaAllah dipermudah. Jika kalian merasakan kehidupan kalian sudah pun di ambang kemusnahan ketahuilah bahawa ada insan yang tidak langsung mempunyai kesempatan menjadi seperti kalian, jika kalian sedang membaca nukilan saya ini barangkali ada yang sudah pun pergi menghadap tuhan, dia tidak bisa mengulang perbuatan apa lagi bertaubat kepada tuhan. 

Semoga sahaja kita semua ini di bawah lindungan tuhan berterusan, 

_aienaznan_

2 comments:

  1. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete
  2. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete

 

PENA MENARI HATI MENYANYI Template by Ipietoon Cute Blog Design and Bukit Gambang